FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN
- Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
- Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
- Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
- Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
- Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
- Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
- Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
- Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.
Tajuk Laporan = Ditulis dengan huruf
besar pada setiap awal kata dan digaris
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis
ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan = Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri
dengan penutup.
Pengakuan pelapor = Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh = Ditulis di sebelah kanan
laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor = Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor = Ditulis dengan huruf
besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor = Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di
hujungnya .
Seterusnya ditulis
nama persatuan yang diwakili