Ahad, 3 Ogos 2014

CONTOH KARANGAN BERFORMAT LAPORAN


FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN
  1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
  2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
  3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
  4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
  5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
  6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
  7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
  8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Tajuk Laporan = Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris  atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan = Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor = Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh = Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor = Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor = Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor = Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di  hujungnya . 
Seterusnya  ditulis nama persatuan yang diwakili

  

Sabtu, 12 Julai 2014

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

SOALAN: Sahabat pena anda ingin mengetahui tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri anda. Tulis surat kepada sahabat pena anda ini selengkapnya. Gunakan rangka karangan yang disediakan.


                                                                                      451 Taman Saujana Indah,
                                                                                      Bandar Kuching, 
                                                                                      Sarawak.

                                                                                      14 April 2014

     Menemui sahabatku, Aina yang berada di Kuantan. Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Bagi diri saya di sini sihat walafiat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari tentang tempat-tempat di bandaraya yang boleh dilawati oleh saudari di Sarawak

     Antaranya ialah Kuching Waterfront. Ia juga adalah tempat-tempat tarikan utama di Bandaraya Kuching. Juga kita dapat melihat keindahan Sungai Sarawak, dapat menaiki bot-bot kecil, deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraftangan dan lain-lain lagi.
     
      Seterusnya, Kampung Budaya. Kampung Budaya ini terletak kira-kira 32 kilometer dari Bandaraya Kuching. Tempat ini juga sesuai untuk mengenal budaya tempatan, mempamerkan aktiviti harian suku kaum Sarawak dan replika bangunan setiap suku kaum peribumi.

       Kemudian, pasar minggu di Jalan Santok. Pasar ini mula dibuka bermula seawal pukul 3.00 pagi. Kebanyakan pelancong boleh membeli hasil hutan dan buah-buahan dari semua daerah dan saujana di pasar sungguh meriah.

       Selain itu, Taman Negara. Taman Negara ini terletak 37 kilometer dari Bandaraya Kuching